Akaun 3 KWSP – Cara Pengeluaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan jaminan pendapatan selepas bersara dan menangani keperluan jangka pendek ahli. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan daripada orang ramai.

Untuk membantu anda memahami perubahan ini dengan lebih berkesan, kami telah menyediakan panduan ringkas.

Ambil tahu juga tentang maklumat penting akaun 3 KWSP.

Jenis Akaun KWSP

Jenis akaun-akaun KWSP yang baru adalah seperti berikut :

  • Akaun Persaraan: Dulu dikenali sebagai Akaun 1, digunakan untuk simpanan persaraan.
  • Akaun Sejahtera: Dulu dikenali sebagai Akaun 2, digunakan untuk memenuhi keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel: Memberi anda kelonggaran untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Akaun 3 KWSP – Cara Pengeluaran

Anda boleh mengeluarkan wang dari Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel anda pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan didepositkan terus ke dalam akaun bank anda.

Perlu diingat bahawa had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50. Anda tidak perlu menyerahkan dokumen sokongan untuk membuat permintaan pengeluaran ini.

Cara Login i-Akaun :

  1. Log masuk ke dalam i-Akaun di sini https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan
  3. Tekan menuĀ Akaun PeribadiĀ untuk lihat penyata
  4. Selesai

Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai akaun bank yang aktif atas nama anda untuk memudahkan proses pembayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank yang sah, anda boleh mengikuti langkah yang sama untuk memilih kaedah arahan pembayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Cara Pencaruman Yang Baru

Caruman baru akan diagihkan seperti berikut mengikut peratusan yang baru :

akaun fleksibel kwsp baru

Dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli akan mempunyai pilihan sekali untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejatera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai jumlah permulaan. Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan telah diproses.

Amaun awal dalam Akaun Fleksibel ditentukan berdasarkan baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda, sama ada baki tersebut kurang atau lebih daripada RM3,000 pada tarikh pemprosesan permohonan.

Rujukan : Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Leave a Comment